Friday, December 17, 2010

2010..............



2010
akan berlalu tak lama lagi...macam2 yang nak dibuat alhamdulillah selesai...ada yang tertangguh ku teruskan menyempurnakannya dengan sehabis baik...
upsr 2010 meletakkan aku diawal tahun dulu dalam dilema...apa tidaknya diamanahkan menjadi guru subjek BI untuk kelas yang last. pendek kata yang gelemer semuannya agaknya apa yang aku cakap masuk telinga kiri keluar telinga kanan .Dan mengikuti rekod kaunseling ,kelas yang banyak masalah disiplin....hmm...apa nak ku buat nie.................namun aku rasa bila semua guru subjek teras kelas nie adalah garang2 belaka...................pergh....pijak semut tak mati budak2 nie dalam kelas....diawal tahun keputusan BI dari 27 orang hanya yang maintain lulus ialah 7....alahai...matilah aku..........namun keazaman ku nak menyakinkan murid2 ku bahawa mereka pasti boleh lulus..dgn menekankan teknik2 menjawab soalan yang betul.....alhamdulilah akhirnya dari 27 orang hanya 5 yang tidak lulus BI upsr 2010 kali nie.....dan program top ten students jugak di bawah bimbingan ku ...semua perolehi A dalam subjek BI.............syabas buat semua anak2 didikku...bukan nak mendabik dada namun apa yang pasti perlu ada disiplin dalam diri dan teknik2 menjawab perlulah mengikut piawaian KPM....menjadi salah seprang penanda kertas BI /upsr sebenarnya sedikit banyak dapat membantu anak2 didikku dalam menjawab soalan peperiksaan.............dan keptusan pada tahun ini amat memberangsangkan apabila BI mencapai 93% lulus...cemerlang wat skprj.tahniah jugak wat semua guru2BI yang saling membantu dan terima kasih juga menjadikan aku mentor mereka...
2011...................masih dalam teka teki....................